Sunday 20 March 2011

World Water Day 2011 @ Vistana Kuantan (Day 1)

KUANTAN (10 Mac 2011) : Team Water Research Group yang terdiri daripada PM Dr Ismail Abustan, PM Dr Nabsiah Abdul Wahid, Dr Mohd Ashraf, Mohd Aminur Rashid, Nurikhwani Idayu, Mahyun Ab Wahab, Azammudin Arsad, Hajar Abu Bakar dan Bani Faizainami telah berangkat ke Hotel Vistana Kuantan pada 10 hb Mac 2011. 

Perjalanan yang mengambil masa hampir 10 jam walaupun memenatkan tetapi semua yang terlibat tetap memberikan senyuman sebaik sahaja tiba di Hotel Vistana. Amanah yang diberikan lebih penting daripada kepenatan badan. Mesyuarat yang dijadualkan berjalan dengan lancar. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh PM Dr Nabsiah Abdul Wahid berakhir kira-kira jam 11:00 malam.